Saturday, March 10, 2007

Ucapan Yang Dipertua


Yang mulia saudara pengerusi majlis dan saudara hadirin yang dikasihi sekalian.

Syukur kepada Allah Subhaanahuwataala kerana dengan limpah izinnya dapat kita berkumpul sekali lagi di dewan yang mulia ini untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kebajikan Darul Arif bagi kali ke 24.

Saya bagi pihak AJK persatuan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada saudara-saudara semua yang melapangkan masa untuk hadir mesyuarat pada hari ini khususnya ahli-ahli yang tinggal luar dari Kelantan . Mesyuarat Agung kali ini walau pun tidak ada pemilihan AJK baru, tapi ia adalah amat penting untuk kita sama-sama membahaskan dan meluluskan pindaan perlembagaan ke arah penubuhan cawangan persatuan di seluruh Malaysia . Sebelum ini, kita belum dibenarkan bergerak dan beroperasi di luar Kelantan.

Sebentar lagi, setiausaha akan membentangkan laporan kerja atau kegiatan persatuan sepanjang tahun 2007 yang mana banyak aktiviti telah kita laksanakan untuk kepentingan ahli.

Seperti biasa, saya suka mengingatkan saudara-saudara bahawa persatuan ini adalah amat penting bagi kita semua; maka berilah sokongan padu kepada persatuan ini dengan sama-sama melibatkan diri secara lansung dalam kegiatan penambahan ahli serta mendaftar sebagai ahli khairat kematian kerana ia menguntungkan ahli sendiri. Kepada yang sudah menjadi ahli saya suka mengingatkan supaya membayar yuran tiap-tiap tahun, bukan hanya membayar yuran semasa mendaftar masuk jadi ahli sahaja lepas itu hilang entah kemana, yuran pun tidah berbayar. Saya meminta jasa baik ahli semua agar beritahu persatuan apabila berlaku perpindahan tempat tinggal supaya mudah untuk dihubungi kelak.

Akhir sekali saya ucapkan selamat bersidang dan selamat maju jaya dalam memperkasakan persatuan .Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah wassalaamualaikum.

Tuan Hj.Abullah b. Sulaiman

Yang Dipertua Pesaka

No comments: