Saturday, March 10, 2007

Ucapan Yang Dipertua


Yang mulia saudara pengerusi majlis dan saudara hadirin yang dikasihi sekalian.

Syukur kepada Allah Subhaanahuwataala kerana dengan limpah izinnya dapat kita berkumpul sekali lagi di dewan yang mulia ini untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kebajikan Darul Arif bagi kali ke 24.

Saya bagi pihak AJK persatuan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada saudara-saudara semua yang melapangkan masa untuk hadir mesyuarat pada hari ini khususnya ahli-ahli yang tinggal luar dari Kelantan . Mesyuarat Agung kali ini walau pun tidak ada pemilihan AJK baru, tapi ia adalah amat penting untuk kita sama-sama membahaskan dan meluluskan pindaan perlembagaan ke arah penubuhan cawangan persatuan di seluruh Malaysia . Sebelum ini, kita belum dibenarkan bergerak dan beroperasi di luar Kelantan.

Sebentar lagi, setiausaha akan membentangkan laporan kerja atau kegiatan persatuan sepanjang tahun 2007 yang mana banyak aktiviti telah kita laksanakan untuk kepentingan ahli.

Seperti biasa, saya suka mengingatkan saudara-saudara bahawa persatuan ini adalah amat penting bagi kita semua; maka berilah sokongan padu kepada persatuan ini dengan sama-sama melibatkan diri secara lansung dalam kegiatan penambahan ahli serta mendaftar sebagai ahli khairat kematian kerana ia menguntungkan ahli sendiri. Kepada yang sudah menjadi ahli saya suka mengingatkan supaya membayar yuran tiap-tiap tahun, bukan hanya membayar yuran semasa mendaftar masuk jadi ahli sahaja lepas itu hilang entah kemana, yuran pun tidah berbayar. Saya meminta jasa baik ahli semua agar beritahu persatuan apabila berlaku perpindahan tempat tinggal supaya mudah untuk dihubungi kelak.

Akhir sekali saya ucapkan selamat bersidang dan selamat maju jaya dalam memperkasakan persatuan .Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah wassalaamualaikum.

Tuan Hj.Abullah b. Sulaiman

Yang Dipertua Pesaka

Galeri


Ahli Jawatankuasa PESAKA

Yang Dipertua :
Haji Abdullah bin Sulaiman

Naib Yang Dipertua :
Haji Abdul Kadir bin Sulung

Setiausah :
Mohamad Nasir bin Ramli

Bendahari :
Mahmud bin Hj Ismail

Ahli Jawatan Kuasa :
Hisyam bin Awang
Nik Mohd Zaki bin Nik Wahab
Osman bin Yasin
Rusli bin Mat Soud
Harun bin Muhammad Ishak
Hamad @ Ahmad Lutfi bin Salleh

Profail

VISI
Memertabatkan Masyarakat Melayu keturunan Darul 'Arif.

MISI
Melahirkan Masyarakat Melayu Darul 'Arif yang terbilang dan disegani.

TUJUAN
Menyatupadukan semua warganegara Malaysia keturunan Darul 'Arif bagi maksud memajukan dan mengukuhkan persaudaraan antara satu sama lain disamping menyumbangkan bakti kepada negara.
Bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan serta melancarkan beberapa program perkhidmatan kebajikan dan sosial kepada ahli.

Menjalankan aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perusahaan dan pelaburan.

Menjadi satu badan perantara bagi melindungi kepentingan ahli dan memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Menyedia dan menjalankan program pendidikan kepada ahli dan anak ahli.

KELEBIHAN MENJADI AHLI
Masyarakat Darul 'Arif akan bersatu. Ahli-ahli akan mendapat faedah / manafaat dari pada program-program kebajikan, ekonomi, pendidikan yang dirancang oleh PESAKA

MAKLUMAT
Nama pendaftaran: PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL 'ARIF

Singkatan: PESAKA

No. Pendaftaran: 692/1984

Alamat berdaftar: Lot 594 Jalan Hospital ,15200 Kota Bharu, Kelantan

Alamat Pejabat: No 5 Tingkat 1 Bangunan MPKB Berek 12, Jalan Ab.Kadir Adabi,
15200 Kota Bharu, Kelantan. Telefon: 09 7482844

AKTIVITI
PESAKA telah menjalankan Skim Hadiah Pelajaran kepada anak-anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. PESAKA juga telah menjalankan program khairat kematian ahli.

Majlis-majlis perjumpaan juga telah diadakan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli.
Program ziarah ahli yang meninggal dunia dan sakit.
Kelas pengajian al-Quran secara percuma.

PERANCANGAN
Perancangan Jangka Pendek:
  • Berusaha mewujudkan dana khairat kematian.
  • Berusaha mewujudkan dana pendidikan.

Perancangan Jangka Panjang:

  • Berusaha mewujudkan satu kawasan perkuburan dan masjid.

Sejarah

Sebagai warga negara Malaysia yang perihatin terhadap perubahan sosio-ekonomi keturunan Melayu Islam yang lebih maju dan mantap, maka masyarakat Melayu keturunan Darul 'Arif perlu kepada suatu badan pemangkin dan penggerak ke arah merangka strategi untuk mencapai hasrat tersebut.

Menyedari hakikat itu, maka sekitar bulan Disember 1982 timbul idea untuk menubuhkan sebuah persatuan di Kota Bharu, Kelantan. Individu-individu perintisnya ialah Tuan Haji Abdullah bin Sulaiman, Tuan Haji Mohd Nasir bin Abdullah, Tuan Haji Hussain bin Idris(Allahyarham) dan Tuan Haji Abu Bakar bin Zainal (Allahyarham). Nama-nama ini telah menyumbangkan jasa yang besar pada peringkat awal penubuhan persatuan.

Setelah melalui pelbagai rintangan maka pada 29 Disember 1984 Tertubuhlah secara rasmi persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Darul 'Arif atau nama singkatan PESAKA. Keahlian PESAKA terdiri daripada warganegara Malaysia beragama Islam yang berketurunan Patani. Nama Darul 'Arif diambil sempena nama yang terdapat pada wang syiling yang menjadi mata wang Patani pada zaman dahulu. Pada mesyuarat penaja, Tengku Din bin Tengku Bongsu telah dilantik sebagi Yang Dipertua AJK Penaja PESAKA.