Saturday, March 10, 2007

Sejarah

Sebagai warga negara Malaysia yang perihatin terhadap perubahan sosio-ekonomi keturunan Melayu Islam yang lebih maju dan mantap, maka masyarakat Melayu keturunan Darul 'Arif perlu kepada suatu badan pemangkin dan penggerak ke arah merangka strategi untuk mencapai hasrat tersebut.

Menyedari hakikat itu, maka sekitar bulan Disember 1982 timbul idea untuk menubuhkan sebuah persatuan di Kota Bharu, Kelantan. Individu-individu perintisnya ialah Tuan Haji Abdullah bin Sulaiman, Tuan Haji Mohd Nasir bin Abdullah, Tuan Haji Hussain bin Idris(Allahyarham) dan Tuan Haji Abu Bakar bin Zainal (Allahyarham). Nama-nama ini telah menyumbangkan jasa yang besar pada peringkat awal penubuhan persatuan.

Setelah melalui pelbagai rintangan maka pada 29 Disember 1984 Tertubuhlah secara rasmi persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Darul 'Arif atau nama singkatan PESAKA. Keahlian PESAKA terdiri daripada warganegara Malaysia beragama Islam yang berketurunan Patani. Nama Darul 'Arif diambil sempena nama yang terdapat pada wang syiling yang menjadi mata wang Patani pada zaman dahulu. Pada mesyuarat penaja, Tengku Din bin Tengku Bongsu telah dilantik sebagi Yang Dipertua AJK Penaja PESAKA.

No comments: