Sunday, June 22, 2008

HADIAH KECEMERLANGAN PELAJAR

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL ‘ARIF ( PESAKA)

1. OBJEKTIF

1.1 Memupuk semangat muhibah, kerjasama, tolong-menolong di samping menjana perpaduan di kalangan ahli yang menganggotai tabung dan ahli persatuan.
1.2 Menghayati kerjasama dan tolong-menolong di kalangan ahli dengan member
apa sahaja bantuan kepada keluarga si mati bertujuan untuk meringankan beba yang ditanggung mereka.

2. KEAHLIAN

2.1 Tabung Khairat Kematian ini hanya untuk ahli PESAKA yang sah sahaja.
2.2
Mana-mana ahli PESAKA layak menjadi ahli Tabung Khairat Kematian ini dengan mengisi borang permohonan yang disediakan oleh PESAKA.
2.3 Penerimaan menjadi ahli adalah menerusi keputusan mesyuarat AJK Pesaka
3. SUMBER KEWANGAN

3.1 Yuran tahunan sebanyak RM 18.00 (lapan belas) seorang.
3.2 Derma/sedekah dari mana-mana insitusi dan daripada orang perseorangan.

4. BANTUAN KEPADA KELUARGA SI MATI

4.1 Jika berlaku kematian ke atas ahli atau keluarga ahli (isteri/suami dan anak sahaja), keluarga si mati akan menerima bantuan kewangan sekurang-kurangnya RM500.00 (lima ratus) dari tabung khairat.
4.2 Ahli yang kematian anak disebabkan keguguran, dia tidak berhak mendapa apa-apa bantuan kewangan dari tabung ini.
4.3 Jika berlaku kematian ke atas anak ahli yang masih di bawah tanggungannya
yang belum berkahwin atau belum bekerja, ahli berhak mendapat bantuan kewangan dari tabung ini.

5. PEMBATALAN MENJADI AHLI

5.1 Pembatalan menjadi ahli boleh dibuat melalui permohonan bertulis daripada ahli kepada Yang Dipertua Pesaka
5.2 Keahlian menjadi batal sekiranya ahli gagal membayar yuran tahunan selam 2 (dua) tahun.
5.3 Keahlian dalam PESAKA terbatal.
5.4 Keputusan pembatalan menjadi ahli dibuat dalam mesyuaarat AJK Pesaka
5.5 Mana-mana ahli yang terbatal keahliannya dalam tabung khairat ini, dia tidak berhak menuntut pembayaran balik yuran yang telah dibayar

6. MANFAAT LAIN


6.1 Warga Malaysia layak menjadi ahli Pelan Takaful Keluarga Berkelompok
6.2 Bila berlaku kematian kepada ahli, wraith si mati akan mendapat RM1,000.00.

Februari 2006

No comments: