Monday, May 19, 2008

Mengapa Darul 'Arif

Mengapa Darul ‘Arif

Visi

1. Kearah membina masyarakat keturunan Darul ‘Arif yang bertanggungjawab dan insaf tentang akar umbi dan tidak hilang jati diri.

2. Membina masyarakat yang mempunyai cita-cita membebaskan ummah Patani dari belenggu kehinaan dan beraqidah tepat dan berakhlak mulia.


3. Menyediakan satu garis panduan bagi membimbing ahli-ahli Pesaka ke arah penyatuan dan terpimpin.

Slogan

Takkan Melayu hilang di dunia.

Perancang

1. Menjadikan Pesaka sebagai kenderaan utama untuk menyatu padukan masyarakat Darul ‘Arif di Malaysia dan seluruh dunia.

2. Menyusun program dakwah pada rakyat keturunan Patani seluruh dunia bagi benar-benar menghayati Islam sebagai satu bimbingan hidup dan memahami keperluan pada Islam yang murni sebagia aqidah hidup.


3. Menubuh sebuah yayasan dan tabung pelajaran Patani bagi merangka program pembelajaran akademik dan ugama di peringkat tadika, rendah, menengah dan pengajian tinggi bagi anak-anak kerturunan Darul ‘Arif. Juga bgi membiasi pelajar-pelajar cemerlang melantutkan pelajaran keluar Negara.

4. Menysun program pendidikan, persekolahan dan penjagaan bagi anak-anak yatim terutamanya anak-anak yatim para syuhad’.


5. Mengasas dan memajukan perkampungan Patani yang lengkap dengan penempatan, majid, sekolah dan pusat pengajian pondok.

6. Membela serta membantu rakyat Malaysia keturunan Darul ‘Arif yang mengalami berbagai kesulitan dengan cara pelbagai usaha yang mengikut kesesuaian setempat dan msemasa.

Strateji

Fasa 1

1. Menyusun semula persatuan ini supaya boleh bergerak kea rah seluruh Malaysia. Meminda Perlembagaan dari bergerak peringkat negeri Kelantan ke peringkat Malysaia.

2. Menubuh cawangan-cawangan persatuan di peringkat negeri di selutruh Malaysia.


3. Mengadakan pejabat persatuan, memperlengkapkan pentadbiran serta pusat aktiviti bagi kesua cawangan seluruh Malaysia.

4. Membuat hubungan serta ikatan akrab dengan setiap kerajaan ngeri.
5. Mendaftar sebanyak munkin rakyat Malaysia keturunan Darul ‘Arif sebagi ahli Pesaka.

6. Menyusun program kewangan persatuan peringkat cawangan dengan mengadakan system pungutan zakat, wakaf, dan derma-derma serta bantuan dari kerajaan negeri .


Fasa 2

1. Memiliki bangunan sendiri bagi harta tetap Pesaka untuk setiap cawangan.

2. Mengadakan perkampongan Patani bagi setiap negeri.

3. Membina rangkaian sekolah tadika, rendah dan menengah untuk

4. kemudahan anakanak keturunan Patani bagi setiap cawangan.


5. Membentuk satu system rangkaian kutipan sumbangan dari seluruh masyarakat Patani di Malaysia.

Fasa 3

• Melibat dan meningkatkan aktiviti yang lebih serius terutama dalam bidang-bidang yang melibatkan kepentingan ummah.

Tindakan Pelaksanaan

Pusat Pengajian Al Quran dan Kafa

1. Menubuh pusat-pusat pengajian Al Quran dan Kafa bagi anak-anak tempatan dan ahli. Pusat ini dibina ditempat yang difkirkan sesuai dan mendapat sambutan.

2. Menubuh kelas-kelas pengjian Al Quran tajwid dan taranum bagi orang-orang dewasa. Kelas-kelas ini adalah seiring dengan kelas-kelas untuk kanak-kanak.

3. Kelas-kelas ini adalah diberi secara percuma oleh Persatuan. Guru-guru yang berkelayakan akan dipilih .

4. Pembiayaan imbuhan guru-guru adalah dikutip dari ahli-ahli persatuan di persekitaran setempat.

5. Kelas-kelas tajwid adallah dibuat secara tersesun mengikut jadual yang ditetapkan dan di akhir program tersebut persatuan mengeluarkan sijil-sijil kehadiran.

Tarbiah

1. Mengadakan dewan perkumpulan ahli-ahli yang juga dijadikan Musalla dan tempat pengajaran ilmu secara halaqat, kitab-kitab dan pengajian Al Quran.

2. Mengadakan kuliah-kuliah dan tazkirah bagi ahli-ahli di musalla atau dewan.

3. Mengadakan jadual pengisian ilmu yang khusus kepada para isteri ahli dan anak perempuan di bawah jagaan.

4. Mengadakan mejlis sambutan hari peringatan sesuatu peristiwa bagi mengambil kesempatan membuat pengisian ilmu kepada ahli.

5. Memperbanyakan majlis khusus untuk anak-anak ahli di dewan dan secara kemsh rehlah.

Galakan dan Bimbingan

1. Mengadakan kelas tusyen UPSR, PMR dan SPM bagi anak-anak yang akan menduduki pepereksaan tersebut secara percuma.

2. Mengadakan summer kem dan tamrin untuk anak-anak yang dewasa bagi mengisi dan membimbing mereka yang masih muda.

3. Memberi hadiah-hadiah tertentu kepada anak-anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam pepereksaan UPSR, PMR, dan SPM.


Yayasan Pelajaran

1. Menubuhkan satu yayasan pelajaran bagi merancang satu straeji pembelajaran anak-anak keturunan Patani di Malaysia.

2. Menubuhkan sekolah dari peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah,dan universiti.

3. Menubuhkan tabung pelajaran bagi membiayai segala aktiviti bersangkutan pembelajaran seperti bina sekolah, tubuh / beli universiti, bantuan dan biasiswa untuk pelajar yang layak dan menghantar pelajar cemerlang ke luar Negara.

4. Menubuh atau membeli sekolah pengajian teknikal dan stratjik bagi memenuhi keperluan anak-anak keturunan Patani.

Kajian Stratejik

1. Menubuh satu badan ‘think tank’ yang terdiri dari para intelektual bagi menkaji segala permasaalahan Patani untuk faedah badan –badan yang berminat.
2. Menubuhkan badan kajian sejarah Patani bagi mempastikan msyarakat mendapat maklumat yang sahih dan menerbit buku-buku dan bahan tulisan ilmiah bagi memperkayakan literature Melayu Patani.
3. Menubuhkan pusat bahasa untuk menyelaraskan Bhasa Melayu Patani dan Bhasa Melindo.
4. Menubuhkan satu badan mengesan dan mengumpul bahan sejarah dan kebudayaan Patani serta mengasaskan sebuah arkib dan pusat antikuiti bagi tujuan itu.
5. Mengadakan satu badan bagi mengajak dan mendesak orang Patani supaya bersatu dan bekerjasama dalam segala gerak kerja.
6. Bertindak sebagai badan memberi penerangan dan penggalakan orang-orang Patani tentang akar umbi mereka.

No comments: