Sunday, March 2, 2008

LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2007

LAPORAN AKTIVITI 2007/2008

1. MUQADDIMAH

Assalamualaikum,

Syukur kepada Allah swt kerana dengan limpahan kurnianya dapat kita berhimpun sekali lagi pada hari ini untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi kali ke 24. Berhimpunnya kita adalah untuk mengkaji dan muhasabah kegiatan dan perjalanan pertubuhan kita bagi tempoh setahun yang lalu. Perjumpaan ini penting untuk kita melihat kembali kekuatan dan kelemahan yang ada supaya perancangan yang lebih baik dapat dibuat untuk kebaikan semua. Kita berharap segala yang telah dilakukan diterima sebagai amal baik dan dapat menjadikan kita semua lebih mendekatkan kepada Allah swt.

Alhamdulillah pada tahun ini kita berjaya meningkatkan kekuatan PESAKA dengan perubahan dan kekerapan aktiviti secara mendadak. Atas usaha dan kegiatan yang dijalankan oleh persatuan ini kita berjaya merapat kan ikatan kekeluargaan dalam kalangan masyarakat keturunan patani. Tidak pernah berlaku suasana yang begini muhibbah dalam perjuangan kita. Sekarang ini masyarakat keturunan patani secara jelas menunjukkan keinginan kearah bersatu dan bekerjasama. Kita tidak akan menghentikan atau mengubah tempo usaha kita walau pun mendapat tentangan dari berbagai pihak yang tidak mau melihat orang-orang patani bersatu.

2 KEAHLIAN

Jumlah keahlian persatuan yang telah didaftar secara rasmi oleh pihak pengurusan ialah 383 orang. Sejarah telah dicipta pada tahun 2007 yang mana pendaftaran ahli baru sejumlah 58 orang adalah satu peningkatan secara mendadak. Jika dibandingkan pada tahun 2000- hanya 7 orang, tahun 2001- 6 orang, Tahun 2002- 1 orang, Tahun 2003- 6 orang, Tahun 2004- 1 orang, Tahun 2005- 9 orang, Tahun 2006- 8 orang.

Pertambahan keahlian adalah di sebabkan oleh kerjasama dikalangan AJK dan ahli-ahli serta perancangan dan perlaksanaan kerja yang rapi. Kita berharap pada tahun ini akan menggandakan lagi usaha menambah bilangan ahli .

3. KHAIRAT KEMATIAN.

Badan ini telah menunjukkan kemajuan yang di luar dugaan samasekali. Dengan keahlian yang meningkat hingga 70 orang ianya tidak henti-henti disertai oleh ahli yang baru. Sepanjang perjalanan badan ini kita telah kehilangan seorang ahli iaitu saudara Awang bin Awang Kechik yang telah kembali kerahmatullah. Pihak khairat kematian telah Berjaya menyampaikan bantuan sebanyak RM500 kepada keluarga beliau dalam tempuh 24 jam setelah meninggal dunia.

Alhamdulillah pada tahun ini khairat kematian telah meningkatkan lagi kemajuannya. Tanpa mendesak ahli menambah jumlah yuran tahunan sebanyak RM18 kami telah berjaya meningkat kan lagi jumlah sagu hati jika berlaku kematian atau keilatan kekal. Sila lihat risalah berkenaan untuk keterangan lebih lanjut.

Pihak khairat kematian mencadang dan mengajak kesemua ahli-ahli supaya menyertai badan khairat kematian. Bukan habuan yang kita harapkan tapi semangat kemuafakatan yang di tuntut.

Kita juga bercadang untuk mendapatkan tanah kubur dan membeli kenderaan serba guna bagi kemudahan ahli.


Pelbagai aktiviti pada sesi 2006/2007 telah dijalankan oleh persatuan. Antaranya ialah:
4 Kelas Bimbingan Al-Quranul Karim

Kelas pengajian Al-Quran secara percuma masih berjalan lancar. Seramai hampir 50 orang murid masih lagi belajar disini. Cadangan untuk mengadakan kelas pengajian Al-Quran untuk orang-orang dewasa masih belum dilancarkan lagi.Insyaallah pada tahun ini projek ini akan berjalan seperti yang dirancang. Begitu juga dengan kelas tuisyen untuk UPSR,PMR dan SPM tidak dapat dijalankan kerana sambutan dari ahli-ahli amat dingin sekali. Adalah diharapkan pada tahun ini kelas-kelas tuisyen ini dapat dijalankan.

5 Kelas Tusyen bagi pelajar-pelajar menduduki peperiksaan

Oleh kerana kurang sambutan dari ahli-ahli dan tidak ada permintaan maka pada tahun 2007 tidak ada kelas bimbingan atau tusyen bagi membantu peperiksaan anak-anak ahli diadakan.


Hubungan dengan Kerajaan Pusat dan Negeri

Pihak pimpinan persatuan Kebajikan Darul Arif telah berusaha untukmerapatkan hubungan rasmi dengan kerajaan pusat dan pihak kerajaan negeri.

Sehubungan dengan usaha itu pihak pimpinan persatuan telah berjaya membuat hubungan rasmi dengan satu badan yang dinamakan TASK FORCE 2010 yang ditubuh oleh perdana menteri Malaysia sendiri bagi membantu hal-hal kebajikan, kerjaya dan pelajaran orang Patani yang berada di tanah air Patani.

Mereka meminta kerjasama persatuan bagi urusan-urusan ini. Pihak persatuan bersedia bekerjasama dengan mereka jika tidak melibatkan urusan-urusan politik dan tidak melibatkan urusan perdamaian bagi mana-mana pihak.

Sehubungan dengan itu pihak persatuan sedang berusaha mengumpul seberapa ramai pelajar-pelajar yang layak untuk menyambung pelajaran di university di Malaysia samada dalam ijazah pertama atau lanjutan. Pihak kita juga menitik berat tentang jurusan Sains dan Teknikal. Pelajar ini akan diberi bantuan penuh untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan masing-masing.

Persatuan juga telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan negeri Kelantan dengan dimasukkan sebagai NGO yang berhak mendapat grant tahunan.

PENUTUP

Alhamdulillah marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH swt kerana dengan keizinannya dapat persatuan kita berjalan dengan lancar sepanjang tahun 2007.Insyaallah pada hari ini kita akan terus berdoa semoga Allah memberi kekuatan pada kita semua untuk menghadapi segala cabaran-cabaran yang lebih getir lagi pada tahun–tahun akan datang.Kita juga berdoa semoga saudara kita yang sedang berada dibarisan depan berhadapan dengan musuh-musuh Allah akan sentiasa mendapat pertolongan dari Allah. Semoga mereka sentiasa dalam keadaan penuh bertenaga dan bersemangat jihad yang kental, amin………


*******************************************************************************************



Hari Keluarga